May 25, 2013

berhujung minggu lah barangkali !



HAI, assalamualaikum! wuuu geram rasa nak cubit2 je blog ni. lama tak bukak. lama tak husya. hm everything well went so far alhamdulillah :)




semalam pergi pantai batu hitam dekat semambu, kuantan pahang. seronok sangat. adalah beberapa saat dari ump gambang tuu. beberapa saat tu bersamaan dgn beberapa minit dan jam lah kan :). so here we are girlsss, Pantai Batu Hitam! 



oh yeahhh :D
seronok released tension lepas habis test subject killer gilaaa sampai longlai urat marikh dikerjakan! 3 hari berturut2 kot test wehh. calculus, material energy balances, electrical techno and this coming tuesday pulak chemistry. mmg rasa macam arggh gilaaa. rasa macam, eh rakan. kau tolong check whether kat belakang aku nii ada suis ke bateri ke sbb barangkali aku nii robot tapi aku keliru lah wehh haha.

bella with ida L


gambau kite semua besaqqq. gambau rakan handai semua kecik kahkah
okaylah until then, assalamualaikum :)


Mar 16, 2013

Nonsensesoo :'')

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
hisy, straight to the point jelah chepaa wei,
okay Lets make it short.

Currently busy sangat dgn assignment and report yg menimbun. Dah, malas nak ceghite pasal semua tuuu. DUNIAWI semata kan. (eicehhh, pandai je cakap duniawi konon padahal gelabah gila kot ) ahh, nak cerita jugak. nak jugak. Semalam kan ingat nak buat report mass heat transfer lab lepastu dok jenuhh selak buku tebal berinci2 tu cari information. Habis berterabur atas tikar dgn kerja. Tapi takda pun. So the moral of the story kan, pergi jelah bertapa dekat library tuh buat kerja. duduk cangkung celah rak tu nthen buat kerja. Kerusi meja bebanyak dekat library tu ibaratkan macam perhiasan jelah. haha, yelah kalau duduk atas meja kan nanti mesti nak ulang alik cari buku. Baik duduk je celah rak tu. Kan senang! solve the problemooo.  best main tekan2 keyboard ni muehehe. Okay, siapa baca post ni maksudnya dia tgah buang masa. So, takyah baca lahhh. Lain kali baca lain post. Sbb post kali ni mmg khas utk merepek sahaja. sahaja. sahaja. (teringat lagu niat puasa by Raihan) okay takecare Chepaaa.  Assalamualaikum *peace :'')





kasihan syarifah, dia taktahu nak buat apa dah sbb tu dia main upload je gambar apa dia rasa nak upload. Pity her 
Merepek je kau ni chepaaa. K take care uolls. iolls banyak kerja duniawi niiii

until then, wallahualam 

Mar 1, 2013

Bersyukurlah!





Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum :)
many thing happened lately as I entered a brand new semester. Siriyesly makin bz mem-bz lah dgn report segala bagai. Dengan kelas sana sini. Kengkadang rasa penat. Pernah jugak menangis bagai nak rak sbb rasa macam, eh what am I doing kot katsini. Betol ke apa yg aku ambik ni. Yaa eventhough nilah cita2 aku nak ambik course ni tp somehow I just found out that this is reallyahhh hard kot.

Tapi lepastu muhasabah diri balik.. Allah yg pilih aku masuk sini. Semua yg terjadi kerana Allah. Dia tahu apa yg terbaik utk kita. And alhamdulillah, katsini jumpa dgn ramai org yg baik2. Ya Allah rasa bersyukur sgt. Ingat lagi taun lepas kan time register katsini kan, tengok suasana katsini seronok which is ramai kakak2 tudung litup kan aku terus menangis2 call kawan. Rasa sedih sangat rasa terharu sangat. Betapa Allah tu sayang aku. Mula2 Dia pilih aku masuk SAMTSH , nthen masuk sini pulak. Aku ni takreti nak bersyukur langsung. Padahal Allah punyalah pelihara aku. Astaghfirullahalazim aku memohon keampunan Mu ya Allah!

Aku still manusia yg masih mencari keredhaanNya, maaf salah silap. Perangai selalu taksopan. Teruk benaunya jadi perempuan. Well, selalulah ingat mengingati sesama. tanggungjawab sesama muslim isnt it ? Terlampau banyak kekurangan yg ada sbb aku still manusia yg mudah alpa.



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya kami memohon keampunan dariMu atas segala dosa2 kami. Sucikanlah hati kami dari segala titik2 hitam. amin!
Until then, Wallualam :)

Feb 10, 2013

Luahan hati

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum,

Somehow kan petang tadi waktu main buaian bawah pokok cherry tepi rumah kan rasa macam bawang putih pulak. Tinggal taknyanyi je lagi padahal suara dah sampai kat halkum dah ni. Terketaq2 nak keluar tapi terpaksa ditahan. Terngiang2 lagi kengkawan cakap 'weh suara kau macam petir kot'. Hei disebabkan suara petir nilah aku dapat jadi ketua kelas time darjah 6 tau. Habih semua orang tutop telinga bila aku jerit bagi salam dekat cikgu. Dan still ingat lagi waktu darjah 3 kan aku baca ikrar atas pentas guna mic kan habih satu sekolah termasuk cikgu tutop telinga mereka. Weh malu weh mana nak letak muka aku ni. Tapi kan bila aku jadi mc assembly time darjah 4 kan reramai serbu aku cakap 'eh suara kau ke tadi.macam mickey mouse lah'. Entah suara apalah aku ni kan tetiba mickey mouse pulak enterprem. Pelik tak pelik. Sesungguhnya suara mickey mouse amatlah taksedap.

Tapi papepun ya I felt grateful with all His gift. Memang ada banyak kekurangan tapi dari segi fizikal mmg tak ada cacat celanya. Terima kasih ya Allah. Tambahan dengan nikmat islam dan nikmat iman yang diberi. Alhamdulillah Allah pelihara diri ni. Memula Allah campak aku dekat sekolah agama even perangai aku tak macam yg sepatutnya. Lepastu Allah bg aku peluang masuk UMP yg mostly sekeliling aku pakai tudung laboh katsana. And sekarang ni ramai sangat kengkawan yg dah berubah. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Siriyesly aku jeles dg diorang. Teringin nak jadi mcm diorang. Tapi kita slow2 kayuhlah kan :) yang penting Allah tahu siapa diri kita. Allah tahu apa niat kita. Memang susah nak ubah perangai ni macam kecoh2 semua kan. Ye pernah jugak terlibat dgn couple ni tapi alhamdulillah Allah permudahkan. Kami dah declare kawan.
Kalau dia yang terbaik utk saya, saya terbaik utk dia, In sha Allah bakal dipertemukan utk diijab kabul. Amin!!! Sekarang ni berjihad menentang hawa nafsu in sha Allah :) Do pray for us ya!

Sebenarnya kan orang yang banyak pengalaman,banyak cerita,banyak buat dosa dulu2 lagi bagus. Sbb sekali diorang bertaubat diorang akan terus pegang iman tu. Tak macam kita yang still lagi macamni. Iman still lagi naik turun. Saya pun still lagi banyak nak dibetolkan. Banyak sangat. Kita ni kalau boleh tiap hari buat solat taubat sbb tiap hari kita mmg takpernah tinggal buat silap buat dosa. Taktahu nak cakap macamana sbb hati ni tgah berbelit2. Kejap lagi kang takpasal2 ada yang bawak cerita padiyappa kang. Apa yang nak dirumuskan satu je, Setiap manusia lain jalan ceritanya,lain pengalamannya,lain dosanya cuma kita semua bergantung pada Allah yang satu. Selama kita nak berubah cuba jangan sakitkan hati orang berdekatan kita eventhough kita nak pergi ke arah kebaikan. Just perlu tetapkan niat kita. Allah faham hambaNya. Apa2 kita buat niat paling penting. Sentiasa update niat kita supaya tak terpesong. In sha Allah kita sesama buat perubahan ye :) Saya betolkan anda, anda betolkan saya :)

 










Allah mengampunkan dosa kita walaupun dosa kita seluas langit biru. Betapa Allah itu maha pengampun. Look at yourself, lets muhasabah together in sha Allah semoga dialam sana nanti kita semua tergolong dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin! until then, Wallahualam


Feb 1, 2013

strawberry campur avocado campur pisang sikit

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum,
seriously rindu zaman kecik2 dulu. Zaman sekolah dulu. Yelah siapa takrindu kan ? Kalau dulu nak g sekolah malas. Kerjanya memonteng. Bangun pagi pura2 demamlah sakit perotlah pening sangatlah tapi kalau mak aku mmg takdapatlah. Takkannye beliau percaya circle2. Ceh, circle2 gituuu. Aku asek pikir nak kerja, nak duduk rumah sewa dgn kengkawan due to terpengaruh dengan drama2. Ingat lagi aku suka jenjalan sbb otw atas highway tu boleh husya2 apartment tepi2 jalan tu pastu siap cop2 lagi nak duduk situ dgn member bila besar.

Yaa, remembered all those things clearly. Tapi bila sekarang, haa, nah hambik kau! Merasalah kau kesengsaraannya! Sedap kan. Rasa strawberry campur avocado pastu ada rasa pisang sikit hehe. Bila dtg melawat sekolah balik kan rasa macam, 'eh rakan, kau tolong stapler ke selopintip ke gam gajah sikit badan aku biar lekat dekat sekolah ni. Aku taknak balik ah.' Nampak tak betapa pathetic nya aku hihi.

eeeey mmg seronok takterkata lah kan dulu. Alhamdulillah zaman sekolah dulu full dengan memory indah sbb ada kengkawan yg really terbaik dari ladang. Nghase macam nak gigit sengsorang. Bersyukur sangat dipertemukan dgn mereka sbb kiteorang semua padahal baru berkawan sejak secondary school kan tapi gayanya macam dah dari tadika main guli sesama haha. Bila teringat diorang kan rasa mcm how lucky I am. Terima kasih ya Allah :)

Mmg dalam hidup ni terlampau banyak dugaan dan cabaran. Tapi Allah maha adil. Allah pertemukan kita dgn orang yg boleh bagi kita semangat and tolong kita that is kengkawan! Dia keep on kasi kita nikmat yg takhenti2. Nikmat kehidupan. Nikmat kesihatan. Nikmat masa lapang. Nikmat yg paling penting sekali ialah nikmat waktu kita bangun pagi and kita masih lagi boleh bernafas. Bertambah peluang kita utk terus beribadah. Bertaubat. Syukur ya Allah.
Lets join me ,
ya Allah yg maha pengasih lagi maha pemurah, kau ampunkanlah dosa kami. Berikanlah petunjukMu kpd kami. Jadikanlah kami hamba Mu yg sentiasa bersyukur, sentiasa beribadah kpd Mu dgn husyu dan tawadduk. Juga berikanlah kami kecemerlangan disisMu didunia dan diakhirat. amin! 

Some pitca of mine. Dahulukala. Let the pitca tells the story! wuhuuuu! *excited lebih makkk*


ni bukan lawatan sambil belajar eh haha tapi ni semua antara kengkawan saya. kami rapat sgt. mereka oshemm .mereka terbaik!




nampak tak ada muka mintak penampau? tu yg sebelah baju pbsm tuhh lah haha  


ni gambau haritu.sesat ni.bakal diremove.
*jubah saya bukan senteng*


until then, maaf salah silap. maaf maaf maaf.assalamualaikum:)


Jan 30, 2013

Rojak pasemboqqq

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum,
Takda benda pun kot yg menarik harinii so taktahulah. Bersiap sedialah wahai rakyat jelata kerana beta barangkali, ye mempunyai kebarangkalian yg amat tinggi utk terus melalut merepek dan melilit. Bila dah bosan macamni kan mulalah nak cakap macam2. Tp yg penting siriyesly Selangor panas. But still Alhamdulillah syukur ya Allah banyak hikmah yg terkandung disebaliknya. *Lepasni cerita takda kaitan. Tiap petang dah macam dugong terdampar depan tv dah saya ni. Siap lilit towel dekat leherlah, balut muka lah. Biarlah apa orang nak cakap janji saya bahagia kan. See, takda kaitan kan? haha. Habis sudah muqadimah yg panjang. Sekarang nak meng-sharing is caring.

Nabi saw bersabda,
Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yg dikehendakinya.

Should be golongan perempuan ni senang sangat nak masuk syurga. Tinggal jalankan tanggungjawab semua, jaga aurat bebetol. Tp yelah, pada era pasca modenisasi masa kini, dimana para pemimpin negara sedang enak mengejar..*eiceceh teringat zaman menulis karangan spm hihi* Okay kemut mulut. Sekarang siriyes sikit ehh. Bila nak bercakap mengenai perempuan ni kan takut sebenarnya. Takut salah. Takut silap. Sebab kita ni perempuan terlampau banyak utk diterokai. Dari segi dosa dari segi pahalanya. Melampau banyak. Tapi niat aku just nak berkongsi apa yang tahu. *im sorry siriyesly selesa ber aku* Maaf ehh :) Semua perempuan nak cantik semua nak lawa kan? Tp berhati2 lah sbb kalau kita cukur kening, menjarakkn gigi, pakai rambut palsu, utk tujuan kecantikan. Allah melaknat golongan tersebut. Nauzubillah. Sama2 kita elakkan eh :) Lagi satu kalau yang pakai bonggol unta tu yang dekat kepala tu tau kan? Pernah baca yang golongan tu adalah antara orang terawal yang akan masuk Neraka. Nauzubillah, Astaghfirullahalazim. Aku memohon perlindunganMu ya Allah. Kita ni senang nak masuk syurga and senang juga nak masuk neraka. Maaf maaf maaf salah silap
Just nak share antara surah2 yg selalu diamalkan kan,

pagi baca Alhasr and mathurat
after dhuha baca Alwaqiah
ptg baca mathurat
malam before tido baca Almulk and Assajadah
Khamis malam Jumaat baca yasin and Addukhan
Jumaat pagi baca Aljum'ah
Jumaat malam baca Alkahfi

Ni yang saya tahu lah. Betolkan apa2 kalau saya silap.
Maaf, hopefully this entry wouldnt hurt anybody sbb saya sebenarya jenis potpet and outspoken sikit. Saya pun bukan betol sangat. Tp sedang berusaha jadi lebih baik :)
until then, Wallualam :)






Jan 22, 2013

Terkecewa Dikecewa Mengkecewa & Kecewa

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum,

Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.
(An-Nahl 16:53)

Kecewa mmg normal kan dalam hidup ni lagi2 kita yang bergelar manusia ni. Tiap hari ada je problem baru yang datang. Sampai buat kita down, buat kita terduduk, buat kita menangis. Kalau ada kengkawan yang tgah ada problem lepastu ngadu kat kita mesti kita pujuk dy suruh teruskan menangis kan? suruh dy lepaskan semuanya kan? Ye, menangislah selagi mana kita mampu menangis tapi lepastu bangkit. Hidup mana yang senang? Hidup siapa yang tak mencabar? Bukan kehidupan namanya kalau tak mencabar sbb kita perlukan semua tu utk kutip pengalaman utk kita guna utk masa depan. Bila habis nangis habis dah cerita. tamat dah episod duka tu (eicehh haha) tapi lepastu bangun.bangkit utk settle kan masalah tu. Ingat sebagai umat Islam kita ada Allah. Semua ujian tu datang drpd Nya. Banyak sangat hikmah dibalik ujian tersebut sebenaunya. ALLAH, that is the main point. Itulah kunci kpd segala galanya. Bila Dia bagi kita ujian, ingatlah..ye ingatan utk aku jugak. Ingatlah yang Dia sedang bagi peluang utk kita terus beribadah kpd Dia. Ingat yang Dia sangat sayangkan kita. Dia rindu nak dengar tangisan kita ni hambaNya. Sbb kebanyakan orang termasuk aku jugak kalau ada masalah baru kita nak berpaling pd Allah kan? baru kita nak nagis puas2. Ye Allah sedang bagi kita peluang utk terus menambah keimanan kita ni sbb kita manusia. Iman tak stabil. kadang naik kadang turun. Kita bukan Malaikat yang keimanan mereka sentiasa meningkat. Astaghfirullahalazim aku memohon keampunanmu ya Allah.
Suka sangat ingat kata2 ni :)
Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,
Tiada insan hina yang tidak mempunyai masa depan.
Semua orang ada cerita dia sendiri sebelum dia berubah. Percayalah :)
Act tgah baca buku 'Bersyukur Saat Diuji'- Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim. Alhamdulillah seronok buku ni hihi. So nak petik sikitlah kata2 beliau kan. Cop, Kejap, mcm yang semua orang tahu Solat malam tu sangatlah penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim kan sbb tulah kunci kebahagian and merupakan amalan mereka yang terpilih. Ahli syurga :) So this is what the Prof said :
'Bangunlah malam, ia membantu untuk lulus ujian yang lain. Jangan sekali kali membesarkan tidur.'

'Imam Ghazali r.hm. menyebut betapa pada hari kiamat nanti Allah bertanya tanya siapakah hambaNya yang solat malam. Hanya sedikit drpd mereka yang mengangkat tangan lalu Allah perintahkan mereka terus ke syurga tanpa dihisab.'

'Allahu Akbar, kami mohon keampunan Mu ya Allah, jika kami terlalai dalam kehidupan kami yang singkat ini, tabahkanlah kami menghadapi ujian2 suka dan duka agar kami sentiasa beramal ibadat kepadaMu.'

Dan banyak lagi... Wallahualam :)


Encik Google yg kasi.Thanks for your kindness Encik Google, yeay tepok sikit

hamba Allah,fullstop

Bismillahirrahmanirrahim ,Assalamualaikum, Well, lets start with some exercise mata.
1
2
3







Amacam? Cuba tanya mata seronok tak cuci mata kejap tadi hihi. Kiranya aku ni cukup baiklah kan kasi orang cuci mata sambil exercise mata kan? Malas je nak cakap. Takpe takpe aku terima ucapan terima kasih tu :) Seperti yg sudah diketahui ramai (choiii ramai sgt lah *tangan dibahu mata keatas*) blogku ini hanyalah utk tatapanku semata mata kan so i think its really up to my jari jemari lah kan nak tulis apa pun and for this time I think kan hmm not actually I think but my jari jemari yg nghase nak meng-introduce myself sebenaunya. So today, wahai kaum muslimin dan muslimat, ayuh kita berkenalan sama ini cewekk yaa :) ayuhlah, ayuh. Cepatin dong kemarii. :)

People called me CHEPA :) love to be call as Syarifah Isa! Secara jujurnya. Yang ni mmg sangat jujur, I'm just 8teen years old. Should be  tahun 2013 ni I'm turning 9teen years old tapi kan belum saatnya lagi sbb birthday aku 29 Sept kang kan ? Okay currently studying in UMP (Universiti Malaysia Pahang), Malaysia. A  first-year yakni second-sem  chemical engineering student and akn terusmenerus mengejar impian tersebut In Shaa Allah if panjang umur and diberi kesempatan :) Do pray for my happiness and successfulness yaa :)

Apa subject yang akn diambik ye utk second sem ni if panjang umurnya ?
Haa, moh sini tengok :)


Pertengahan bulan 2 ni kang aku daftar utk sem 2. Doakan tau. sangat memerlukan doa kalian. Sebagai seorang manusia malahan sebagai seorang Islam, kita mesti tersangat sedar kan yang perbuatan mendoakan orang lain tu sangat mulia.

Orang muslim yang mendoakan orang lain secara diam2, akan disambut dgn malaikat ; semoga untukmu juga
(Hadis Riwayat Muslim)

Bila tulis pasal hadis ni kan teringat pulak kat satu hadis yang pasal kelebihan orang menuntut ilmu tu. Malaikat, semua makhluk kat atas muka bumi ni yg binatang, tumbuhan semua tu akan doakan orang yang menuntut ilmu kan. Subhanallah. Ingat tau Chepa. Kan betol yang this is the very right medium utk aku selalu ingatkan diri aku mengenai agama yg aku anuti ni. Yes Islam :) Wallahualam :)





Jan 21, 2013

saling mengingati, isnt it good?

ASSALAMUALAIKUM ,
hai uolls uolls out there (eiceh takpayah nak 'uolls uolls out there' sgt lahkan sbb bukan ada org perasan pun post aku ni haha ) okay *tarik nafas huh* sesak bebenaunya dada mak ni nak. act kan dah taknak lagi dah terlibat dgn dunia penulisan ni sbb ni bukan gaya mutu keunggulanku. saja nak mengetest saja time 2010 tu. alih alih i just feel like mmg takboleh g ah dgn dunia mcmni. sbb aku ni tersangat lah shy shy orgnye. siriyes wehhh :) tp kan sejak dua menjak tiga menjak malahan empat menjak ni kan aku rasa mcm, this is the right place utk aku keep on reminding myself about Islam so that I can be a better person. which is ikut sudut agama lah. aku taknak cemerlang didunia tp aku nak nak cemerlang disisiNya. Amin :) ye, aku mmg nak sangat jadi seorang hamba Allah, cucu nabi Adam a.s, anak encik Isa dan puan Azlina yang solehah. In Shaa Allah.
Ada ke org yg takpernah terpikir nak berubah ? 
Itu kan tipu namanya. sbb dalam hati semua hamba Allah tu sendiri even org bukan islam sendiri dah tertanam hidayah dah lama dah. Kita ni kena usaha. Misalnya lah kan kalau kita dok menung kat rumah takbuat pape mengharap rezeki tu jatuh gedebuk dari langit mmg takdapatlah kan? same goes to this problem. Bak kata UAI, hidayah Allah tu dah termaktub dalam Alquran. tinggal kita je untuk mencari, menggali semua tu. muhasabah diri balik kenapa kita dilahirkan sebagai seorang Islam? betapa beruntungnya kita kan? Subhanallah, ni sebagai peringatan utk aku jugak.
Kalau tengok orang bukan Islam kan kesian tengok dorang kan ?
Orang bukan Islam dah tentu tentu berada dalam kesesatan yang amat sangat. Dengan pergaulan yg amat bebas. Bukak sini sana, Nauzubillah mintak dijauhkan. Amin. Ha, even diorang buat seribu kebaikan pun dioarang still jugak akan masuk neraka abadan abada yakni utk selamalamanya. tak macam kita semua orang Islam. even kite sejahat mana pun, se evil mana pun kita tetap akan masuk syurga akhirnya. MasyaAllah, betapa Allah itu maha pengasih maha penyayang.
Macammana nak isi kebosanan ?
sedang2 nak tunggu buffering youtube tu ke kita boleh selawat ke atas nabi kita, nabi yang sangat sayangkan kita, nabi yang amat risaukan kita even sewaktu baginda ditarik nyawanya, nabi yang sewaktu nyawanya dicabut meminta kpd Izrael utk menaggung kesakitan kita umatnya sewaktu ajal ingin menjemput kita yakni sewaktu nyawa kita dicabut. Subhanallah
Maaf
aku bukan jns yang baik. siriyesly aku sangat banyak dosa. aku pun jns huha huha jugak tapi sama2 lah kita doakan yang terbaik sbb kita bersaudara kan?jangan lupa selalu beristighfar tau sbb ianya akan menghapuskan bintik2 hitam dalam hati kita.

*sentiasalah beristighfar, Astaghfirullahalzim jika timbul rasa ujub walaupun sebesar zarah.
*sentiasalah berzikir, Lailahaillallah terutama bila kita lost bila kita sedih bila kita down (amat        memberi kekuatan In Shaa Allah)

Wallahualam :)